Sesi taklimat khas Presiden UMNO Sabtu ini -

Sesi taklimat khas Presiden UMNO Sabtu ini

Masa depan UMNO dikatakan gelap jika BN-PH kalah dalam PRN kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu taklimat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ahli parti berhubung isu-isu semasa  akan dijalankan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC) Sabtu ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sesi taklimat itu berlangsung pada pukul 2 petang dan juga membabitkan semua ahli jawatan kuasa bahagian dan pimpinan parti.

Standby, jemputan rasmi akan dibuat. Taklimat khas Presiden UMNO pada 27 Ogos 2022,” katanya dalam satu mesej kiriman WhatsApp yang dihantar kepada Utusan Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, semua ahli diminta untuk memakai pakaian baju merah UMNO dalam sesi taklimat tersebut.

Terdahulu, Ahmad Zahid meminta seluruh ahli UMNO agar perlu bertenang berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penyelewengan SRC International Sdn. Bhd.

Katanya, UMNO akan terus bersama Najib dalam menghadapi perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dipermangsakan dengan tekanan politik.

Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa serta-merta. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya