Sembilan motosikal hangus dalam kebakaran

Sembilan motosikal hangus dalam kebakaran

Sembilan buah motosikal yang diparkir di sebuah flat di Jalan Kurau, George Town, Pulau Pinang hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pemilik sembilan buah motosikal yang diparkir di sebuah flat di Jalan Kurau di sini terpaksa berputih mata apabila kenderaan mereka hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba, dalam kejadian kira-kira pukul 3.26 pagi itu, selain sembilan buah motosikal, sebuah kereta Toyota Vios turut terbakar di bahagian hadapan.

”Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sembilan buah motosikal.

”Selain itu sebuah kereta jenis Toyota Vios turut terbakar di bahagian hadapan dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah lima peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN