Sebatan ubah saya – Ameng

Sebatan ubah saya – Ameng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Spring, Ameng terpaksa menanggung kesakitan dan keperitan ketika menjalani hukuman sebat, namun ia telah berjaya me­ngubahnya menjadi lebih baik.

“Memang sangat sakit, tidak terperi. Banduan juga tidak diberikan sebarang rawatan selepas sesi sebatan. Memang ramai banduan tidak bersetuju dan berpendapat hukuman itu ke­terlaluan serta kejam.
“Tetapi, saya tidak melihat hukuman sebat sebagai sesuatu yang kejam. Ia boleh mengubah seseorang ke arah lebih baik. Kita perlu berdepan hukuman yang berat untuk berubah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bourgenvilla dan Sampai Hati dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan penyalahgunaan dadah oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 2011.
Dia bagaimanapun, dibebaskan pada 14 Jun 2016 selepas berkelakuan baik.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpandangan, kaedah sebatan mengikut undang-undang Islam lebih sesuai dilaksanakan di negara ini, berbanding hukuman sebat yang diguna pakai sekarang.

Beliau menyifatkan, hukuman sebatan yang diguna pakai ketika ini dilihat terlalu kejam, keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Justeru, pihaknya bersama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji hukuman alternatif bagi menggantikan hukuman itu dan pindaan mengenainya akan dibentang ke Parlimen pada sesi Dewan Rakyat, Oktober depan.

Mengulas perkara itu, Ameng berpendapat, hukuman seperti sebat perlu dikekalkan untuk memastikan penjenayah tidak mengulangi kesalahan mereka, terutama selepas menjalani hukuman ringan.

“Kadang-kadang, hati orang yang terlibat dengan jenayah ini keras. Apabila ditegur dan diberikan nasihat, tidak jalan. Hukuman berat boleh membuatkan mereka sedar supaya tidak mengulangi perbuatan jenayah itu.

“Saya dulu, kali pertama ‘kantoi’, saya tidak insaf, tetap buat jenayah. Tetapi, apabila kena sebat, baru insaf,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya