Saya tidak mahu orang kata menteri UMNO cap ayam - KJ - Utusan Malaysia

Saya tidak mahu orang kata menteri UMNO cap ayam – KJ

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Menteri-menteri kerajaan dalam kalangan ahli Parlimen UMNO ketika ini akan terus fokus dalam melaksanakan tugas mereka yang akan turut memberikan imej baik kepada masyarakat terhadap parti itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, kombinasi antara menteri UMNO yang telah melaksanakan tugas yang baik serta pemimpin dalam parti yang membuat persiapan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) adalah sangat penting.

“Saya sebagai salah seorang menteri daripada UMNO, kami faham juga ada pemimpin yang tidak berada di dalam kerajaan, jadi presiden, timbalan presiden dan memberi tumpuan pula kepada persiapan jentera.

“Kami yang ada dalam kerajaan ini kena buat kerja dengan baik supaya akan memberi satu gambaran yang baik, persepsi yang baik kepada rakyat bahawa menteri UMNO buat kerja dengan baik, saya tidak mahu orang kata menteri UMNO ini cap ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau di Dewan Perpatih PPD Rembau di sini hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan susulan terdapat pemimpin dalam UMNO serta Barisan Nasional yang mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan segera.

Beliau berpandangan, soal bila waktu sesuai diadakan PRU15 perlulah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sebab itu saya tidak boleh kata sudah dekat pilihan raya, jadi saya berhenti kerja di Kementerian Kesihatan, ia sama pentingnya. Semalam, saya beritahu parti bahawa saya buat kerja dengan baik sebab mahu jaga nama parti juga. Apa yang penting kita buat kerja sehinggalah Perdana Menteri bubarkan Parlimen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya