Saya tak enak dibilang jual mahal – Yayan Ruhian

Saya tak enak dibilang jual mahal – Yayan Ruhian

YAYAN RUHIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktor kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian, 54, menafikan bayaran untuk khidmat lakonannya terlalu tinggi sehingga ada penerbit yang gerun menghulurkan tawaran kepadanya.

Menurut Yayan kepada Utusan Malaysia, isu harga mahal tidak seharusnya timbul kerana baginya setakat ini ganjaran untuk khidmat lakonannya dianggap relatif.

“Siapa yang cakap harga saya mahal? Bagi saya ia relatif. Saya beri contoh, kalau sepatu atau sandal, tentu harga kedua-duanya berbeza bukan? Tinggal lagi anda mahu pilih mahu beli sepatu atau sandal? Kalau perlukan sandal, jangan beli sepatu.

“Sepatutnya pun ada grednya. Jadi, bagi saya ia sangat relatif. Angka bukan nombor satu. Ada hal yang lebih penting daripada soal harga,” katanya.

Selain itu, kata Yayan, dia juga akan meneliti dengan siapa dia akan bekerjasama sebelum menerima sesuatu tawaran.

“Saya akan lihat dengan siapa saya akan bekerja, siapa pengarahnya, produksi mana dan sebagainya. Kalau yang tawarkan itu dalam kalangan teman-teman, ada ketika, saya akan setuju sahaja untuk berlakon walaupun belum ada hitam putihnya.

“Saya akan runding de­ngan pengurus. Dalam kalangan orang industri, mereka pasti tahu bayaran adalah sesuai de­ngan pengalaman saya.

“Kalau saya bekerja dengan produksi Indonesia atau Asia, pengurus saya tidak akan letak harga seperti yang saya terima di Hollywood. Di Hollywood pun, kita tak minta harga sebab mereka sudah ada kadar bayaran yang ditetapkan,” katanya.

Ditanya jika dia tersinggung dengan tanggapan salah orang terhadap isu ini, jelas Yayan, dia tidak pernah menyimpannya di dalam hati.

“Tidak tersinggung pun. Cuma, kadang-kadang saya ta­hu, mungkin ada yang takut nak ambil saya berlakon kerana mendengar cakap-cakap belakang seperti itu. Usah begitu. Kalau ada bajet kecil pun, boleh bincang dengan saya.

“Saya rasa tidak enak dibilang jual mahal, tetapi jauh lebih tidak enak jika dibilang murahan. Biarlah angka itu relatif, tidak mahal, tidak murah. Namun, usah bimbang kalau mahu ambil saya berlakon, boleh ta­nya dan berbincang,”katanya.

Yayan, baru-baru ini mencipta populariti di kalangan peminat filem tanah air menerusi pembabitannya dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd.

Sebelum itu, Yayan telah menempa nama di persada seni Hollywood menerusi beberapa naskhah layar perak seperti The Raid, Star Wars: The Force Awakens, Beyond Skyline dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya