Saya sudah fikir semasak-masaknya - Elyana perjelas tindakan tidak lagi berhijab

Saya sudah fikir semasak-masaknya – Elyana perjelas tindakan tidak lagi berhijab

ELYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Elyana membuat keputusan untuk tidak menjelaskan lebih lanjut kepada umum tentang keputusannya untuk tidak lagi memakai hijab.

Namun penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memaklumkan dia sudah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu dan berharap agar orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya.

“Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

“Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya,” katanya.

Elyana berkata demikian ketika ditemui pada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA), di sini hari ini.

Elyana sebelum ini menerima kecaman dan tohmahan netizen selepas sekeping fotonya tidak berhijab tular di media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia enggan mengambil pusing kecaman netizen dan menganggap tiada keperluan untuk dirinya menerangkan kepada golongan itu yang tidak memahami dan akan sentiasa memandang negatif bagi setiap tindak tanduknya.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

“Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Elyana juga memberitahu dia sudah penat menjaga hati orang lain dan kini akan lebih fokus terhadap perasaan dan jiwa sendiri.

“Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.

“Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya