Saya serahkan segalanya kepada undang-undang - Siti Nordiana - Utusan Malaysia

Saya serahkan segalanya kepada undang-undang – Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Siti Nordiana memaklumkan, kehidupannya tetap dilalui seperti biasa walaupun berdepan dengan kes mahkamah yang masih berjalan.

“Saya teruskan hidup seperti biasa. Walaupun mungkin proses mahkamah akan mengambil masa yang lama, tetapi tak mengapa, saya okay sahaja. Hidup dengan cara sendiri.

“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke mahkamah, saya akan hadir,” katanya.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, bagaimanapun tidak dapat memberikan komen lanjut berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkannya, Julai tahun lalu.

Nana berkata, dia menerima keputusan pertama itu pada Jumaat lalu dan masih menunggu keputusan permohonan lain daripada dua individu tersebut.

“Yang pertama sudah dapat jawapan, ditolak. Saya tak dapat beri komen lanjut. Keputusan tersebut saya terima daripada peguam, Jumaat lalu.

“Saya serahkan segalanya kepada prosedur perundangan. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan, masih ada beberapa permohonan lain daripada pihak sana,” katanya.

Nana berkata demikian ketika ditemui di Siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di Paradigm Mall, Johor Bahru, baru-baru ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Sanusi yang memohon untuk membatalkan saman difailkan Nana terhadap mereka berhubung dakwaan memfitnahnya di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya