Sangkar Rasam dilantik Pengerusi PKR Sabah

Sangkar Rasam dilantik Pengerusi PKR Sabah

SANGKAR RASAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau, Datuk Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu.

Sangkar menggantikan Datuk Christina Liew yang menyandang jawatan Pengerusi PKR Sabah sebelum ini.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah, Mustapha Sakmud berkata, lantikan itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ringkas yang diadakan semalam.

Pelantikan itu dilakukan secara sebulat suara berdasarkan sesi perbincangan antara Anwar dan Ketua-ketua Cabang yang hadir.

Pelbagai cadangan turut dikemukakan termasuk mengekalkan Christina sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Menurut beliau, Anwar turut memberi jaminan bahawa Christina akan kekal sebagai Pengerusi PH Sabah untuk mengetuai jentera pilihan raya bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Mustapha berkata, Pengerusi PH Sabah perlu dikekalkan kerana tidak mahu proses rundingan kerusi dan pemantapan jentera PH terjejas menjelang PRU-15,” katanya.

Tambah beliau, gandingan mantap Pengerusi MPN Sabah yang baharu dan Christina serta Naib Presiden Pusat, Awang Husaini Sahari diharap dapat memantapkan jentera PH Sabah bagi menghadapi PRU-15 bersama dengan parti-parti komponen DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Amanah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya