JOHOR BAHRU: Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang diluluskan baru-baru ini bukan sahaja memberi jaminan bahawa setiap undi amat bernilai, malah mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi di negara ini. Malah, menurut Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz, perkara itu sekali gus meningkatkan peratusan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau berkata, penggubalan akta tersebut bukan sahaja disambut baik oleh golongan pemimpin dan parti politik, malah amat dialu-alukan oleh rakyat. “Perkara ini juga adalah satu perubahan bagi landskap politik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya