Royal Caribbean International perkenal semula pelayaran lebih lama - Utusan Malaysia

Royal Caribbean International perkenal semula pelayaran lebih lama

Royal Caribbean International menawarkan jadual percutian baharu bagi kapal persiarannya, Spectrum of the Seas untuk 2023 dan 2024 yang menyaksikan pengenalan semula pelayaran lebih lama antara lima hingga 12 malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Royal Caribbean International menawarkan jadual percutian baharu bagi kapal persiarannya, Spectrum of the Seas untuk 2023 dan 2024 yang menyaksikan pengenalan semula pelayaran lebih lama antara lima hingga 12 malam.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Royal Caribbean International Asia Pasifik, Angie Stephen berkata, pelayaran terbaharu akan membawa pengembara ke destinasi yang jauh seperti Hong Kong, Jepun, Filipina, Taiwan dan Vietnam, selain percutian pelayaran singkat sedia ada sebelum ini iaitu ke Malaysia dan Thailand.

Katanya, percutian yang melibatkan jadual pelayaran lima, tujuh, sembilan dan 12 malam di atas kapal paling besar dan inovatif di Asia itu akan menuju ke destinasi menarik seperti  Bangkok, Thailand; Ho Chi Minh City, Vietnam; dan Manila, Filipina.

“Percutian tiga dan empat malam mula diperkenalkan pada Julai, menjadikan musim pertama pada tahun depan. Spectrum of The Seas akan kembali ke Pulau Pinang dan resort pantai yang menakjubkan di Phuket, Thailand.

“Semasa musim pertama Royal Caribbean sepanjang tahun di Singapura, kami terus melihat pengembara kembali dan permintaan terhadap pelancongan antarabangsa semakin meningkat.

“Orang ramai mahu berlayar bersama kami dan kini mereka boleh menetapkan sasaran pada pengembaraan baharu untuk tahun depan. Pelancong kini lebih mencari percutian dengan pengalaman unik dan tanpa perlu risau untuk merancangnya,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurut Angie, pelayaran selama 12 malam yang bakal diperkenalkan itu  melibatkan dua pakej yang membolehkan pelancong untuk melawat sehingga tujuh destinasi meliputi tiga buah negara dalam satu percutian sahaja.

Ujarnya, pakej pelayaran tersebut boleh dinikmati secara berterusan atau back-to-back yang membolehkan pelancong menikmati pelayaran sehingga 24 malam.

“Terdapat 10 destinasi unik dalam pakej tersebut seperti Hong Kong; Osaka, Tokyo dan Gunung Fuji di Jepun; serta Nha Trang serta Hue/Danang di Vietnam.

“Tempahan bagi pakej-pakej tersebut kini sudah dibuat oleh pelancong,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya