Rosmah muncul di Istana Kehakiman - Utusan Malaysia

Rosmah muncul di Istana Kehakiman

najib
ROSMAH Mansor berjalan masuk ketika hadir ke perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara suaminya, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. - UTSUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor di Istana Kehakiman hari ini menarik perhatian pengamal media yang membuat liputan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Ketibaan Rosmah yang mengenakan baju berwarna merah jambu pada pukul 1.20 petang diiringi beberapa sahabat dan penyokong suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau kemudian sempat melambaikan tangan kepada jurugambar sebelum memasuki bilik prosiding Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun kehadiran Rosmah itu mencetuskan persoalan berhubung status rayuan akhir suaminya yang mungkin ditentukan pada petang ini.

Pada hari ini, sepatutnya dijadualkan penghujahan daripada pihak pembelaan, namun Hisyam minggu lalu memaklumkan beliau tidak akan berbuat demikian.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahad lalu, Najib melafazkan sumpah laknat bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC dan tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat itu secara langsung atau tidak, sehingga kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya