Restoran jadi sarang lipas diarah tutup operasi

Restoran jadi sarang lipas diarah tutup operasi

SALAH seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Perlesenan MBPP menunjukkan lipas yang ditemukan dalam operasi di premis-premis makanan sekitar Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak empat buah premis makanan yang beroperasi di daerah Timur Laut iaitu dua restoran di Jalan Utama dan dua lagi di Tanjung Bungah di sini, diarah tutup dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.

Selain keadaan persekitaran dapur tidak terurus, restoran-restoran tersebut umpama sarang pembiakan lipas memandangkan haiwan perosak itu didapati di merata-rata lokasi termasuk di lantai restoran serta bekas penutup makanan.

Malah, di sebuah restoran di Jalan Utama ditemukan anak-anak lipas berkeliaran di tempat penyimpanan cili kisar yang digunakan sebagai bahan masakan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), M. Bawani berkata, tindakan penutupan 14 hari dikenakan kepada pemilik-pemilik restoran berkenaan supaya melakukan penambahbaikan terhadap kebersihan di premis masing-masing.

”Antara kesalahan yang dikesan adalah terdapat lipas serta tikus di restoran ini dan keadaan persekitaran di dapur tidak diuruskan dengan baik.

”Premis-premis ini telah diarah tutup selama 14 hari bagi memastikan pemilik melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh dan mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya selepas menjalankan operasi di Jalan Utama, di sini hari ini.

Menurut Bawani, ada antara premis-premis tersebut pernah diberikan notis dan kompaun oleh MBPP sebelum ini kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.

Bagaimanapun katanya, menerusi operasi hari ini, pihaknya mendapati pemilik premis makanan masih gagal mematuhi peraturan-peraturan melibatkan kebersihan premis yang telah ditetapkan.

“Menerusi operasi ini juga, kita dapati ada di antara premis tidak menyelenggara perangkap minyak di premis masing-masing dengan baik.

“Ada juga premis didapati tidak melaksanakan kawalan haiwan perosak sehingga menyebabkan premis mereka dipenuhi haiwan perosak seperti lipas dan tikus,” katanya.

Tambahnya, selain beroperasi dalam keadaan yang kotor, terdapat pemilik premis yang tidak melengkapkan suntikan typhoid untuk pekerja masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya