Remaja mati lemas dihanyut arus deras Sungai Sedim - Utusan Malaysia

Remaja mati lemas dihanyut arus deras Sungai Sedim

PENDUDUK mengusung mayat mangsa lemas untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim selepas kejadian di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, Kulim di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kegembiraan empat remaja beriadah di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, di sini berakhir dengan seorang daripada mereka mati lemas petang ini.

Dalam kejadian pukul 2.51 petang, Muhammad Hakimi Aiman Mohd. Shahrin,18, dari Taman KTC Kulim ditemui lemas oleh penduduk kampung selepas dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, siasatan mendapati mangsa bersama rakan-rakannya pergi ke situ pada  pukul 12 tengah hari untuk mandi.

Menurut beliau,  ketika sedang mandi bersama  tiga rakannya,  tiba-tiba dia dihanyutkan arus deras dan hilang daripada pandangan rakan-rakannya.

“Namun tidak lama selepas itu, penduduk kampung menemui mangsa  terapung sebelum dibawa naik ke tebing sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, ketika dibawa ke tebing sungai mangsa dipercayai sudah meninggal dunia dan penduduk kemudian menghubungi polis.

Jarak lokasi kejadian dan ditemui kira-kira satu kilometer.

Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp  gambar mangsa lemas berikutan penduduk kampung tidak mengetahui identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri  pada remaja itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya