[VIDEO] Rayuan akhir: Mahkamah Persekutuan jadi tumpuan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Rayuan akhir: Mahkamah Persekutuan jadi tumpuan

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menjadi tumpuan umum dengan pelbagai agensi media sudah mula berkumpul bagi mengikuti rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa implikasi besar kepada bekas Perdana Menteri itu sekiranya panel hakim memutuskan untuk meneruskan prosiding rayuan kes SRC Internasional Sdn Bhd. tanpa kehadiran peguam bela.

Najib didakwa sebanyak dua kali di Mahkamah Sesyen di sini iaitu pada 4 Julai dan 8 Ogos 2018. Bagaimanapun, perbicaraannya hanya bermula pada 3 April 2019.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International.

PEGUAM bela utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik (tengah) tiba di Istana Kehakiman.

Pada 8 Disember 2020, Mah­kamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib dan turut menyifatkan kesalahan yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu sebagai memalukan negara.

Hari ini mahkamah menetapkan sembilan hari untuk mendengar rayuan akhirnya. Rayuan tersebut bakal menentukan untung nasib Najib.

ANTARA pengamal media yang hadir membuat liputan rayuan akhir Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Jika bernasib baik, maka pulanglah Najib ke pangkuan keluarga. Jika tidak, hanya pengampunan Diraja yang dapat mengubah nasib Ahli Parlimen Pekan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya