Rangka Bella kecil dari rakan sebaya lain

Rangka Bella kecil dari rakan sebaya lain

BELLA hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi sambung bicara kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengabaikan remaja Sindrom Down. - FOTO/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakar bedah plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella mengalami kesan luka melecur tahap dua.

Menurut pakar bedah selama 12 tahun itu, kesan luka lecur itu berkemungkinan disebabkan air panas. 

Tambahnya, Bella pernah menangis ketika menerima rawatan (cuci luka) di hospital itu dan menganggap Bella, 13, berasa sakit kerana luka lecur Bella itu sudah mempunyai jangkitan. 

“Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia. Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas.

“Dalam pada itu, saya juga ada melihat kawasan luka di tangan kanan dan kiri Bella. Di sebelah kiri, tahap kelecurannya adalah satu peratus manakala bagi tangan kanan, tahap kelecurannya 0.5 peratus.

“Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah dah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah. Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian,” katanya. 

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, saksi pendakwaan ke-15 itu turut memberitahu beliau turut melihat terdapat beberapa parut luka matang yang telah sembuh sekitar badan dan tangan remaja itu.

Saksi itu berkata demikian dalam perbicaraan kes Siti Bainun Ahd Razali, 30, yang didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Salmi memberitahu Bella mempunyai rangka badan yang lebih kecil berbanding remaja lain pada usia sama.

“Masa saya tengok Bella, saya nampak dia kecil, maksudnya rangka badannya itu lebih kecil berbanding remaja lain yang mempunyai usia sama dengannya. 

“Walaupun kecil saya tidak nampak sehingga menampakkan tulang rusuk atau mata cengkung atau malnutrition (tidak cukup nutrisi), tapi berat badannya 35 kilogram, saya assume (jangkakan) rangka badannya nampak kecil,” ujar Salmi.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Asiah Abdul Jalil berhubung mengenai sesi rawatan Bella terutamanya di bahagian kepala, saksi itu menjawab, Bella tidak pernah mengopek (buang) kuping di kepalanya. 

Dalam masa sama, saksi itu bersetuju bahawa membotakkan kepala merupakan salah satu rawatan sekiranya terdapat luka di kepala. 

Salmi ketika disoal mengenai gambar-gambar kecederaan Bella yang tersebar di media sosia, saksi itu menafikan gambar-gambar itu miliknya. 

“Ini bukan gambar saya, bukan dari pasukan saya,” katanya ketika dirujuk gambar-gambar tersebut oleh peguam bela. 

Ketika pemeriksaan semula oleh pasukan pendakwaan, Salmi memberitahu mahkamah, luka lecur memerlukan rawatan segera daripada pengamal perubatan. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya