Ramai yang rindukan ayahanda - Nizar Najib

Ramai yang rindukan ayahanda – Nizar Najib

NIZAR NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Nizar Najib berkata, pengundi kawasan Parlimen Pekan yang disandang bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak masih dalam keadaan berduka ketika ini.

Katanya, mereka merindui kehadirannya yang cukup disenangi dan mesra dengan pengundi di kawasannya.

“Bayangkan seorang pemimpin dan ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama 46 tahun telah tiada. Ramai yang rindu dengan raut wajah, gelak tawa serta sentuhan ramah beliau. Pekan masih berduka.

“Beliau bukan sahaja ayahanda kepada saya, tetapi juga figura kepada rakyat Malaysia. Semasa mentadbir, beliau tidak pernah menolak untuk membantu sesiapa sahaja. Beliau seorang yang percaya dekat orang, bersangka baik dan mudah kesian kepada orang,” katanya ketika hadir dalam Taklimat Khas Presiden UMNO hari ini.

Katanya lagi, Najib sanggup berkorban apa sahaja asalkan partinya kembali menerajui negara.

“Semasa Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau orang pertama yang pertahankan partinya. Beliau dicaci dikeji, difitnah macam-macam, tapi dia masih teruskan.

“Jika diberi pilihan antara penjara atau selamatkan diri, beliau lebih rela dipenjara daripada menjadi pengkhianat kepada parti,” katanya.

Justeru, beliau memohon semua ahli UMNO supaya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya semasa dalam penjara.

“Harap pengorbanan beliau sehingga terpaksa dipenjarakan tidak disia-siakan oleh parti keramat ini. UMNO parti yang kuat dan akan bangkit semula menawan Putrajaya dan membela pemimpin yang dizalimi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya