Raja Muda Perlis rasmi penubuhan UMAM

Raja Muda Perlis rasmi penubuhan UMAM

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tujuh dari kiri) berkenan merasmikan penubuhan UMAM di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini. 

Penyempurnaan perasmian tersebut dilaksanakan baginda ketika berangkat merasmikan ‘International Summit on Knowledge Advancement (ISKA) bagi tahun 2022 di hotel berkenaan.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Prof. Dr. KH Haedar Nashir dan Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto.

Tuanku Syed Faizuddin turut berpesan kepada 150 delegasi dalam kalangan rektor dan kepemimpinan Muhammadiyah dari seluruh pelusuk Indonesia yang hadir bahawa budaya berilmu adalah sesuatu yang penting.

Titah baginda, hal demikian kerana kepincangan yang boleh merosakkan akidah dan akhlak manusia boleh berlaku tanpa ilmu yang mencukupi.

“Seminar seperti ini adalah menjadi wadah kepada penghasilan ilmu baharu yang saban hari dapat membantu kemaslahatan ummah masa kini.

“Keberhasilan ini dapat diangkat ke peringkat lebih tinggi serta mampu melahirkan modal insan yang mempunyai wisdom, yakni ‘hikmah kebijaksanaan’ yang pelbagai. Ambilah peluang yang terhidang ini sebagai bekalan untuk hari akan datang,” titah baginda.

Sesuai dengan slogan UMAM ‘Cemerlang Pendidikan, Melahirkan Insan Bervisi’, baginda berdoa agar UMAM terus maju jaya menjadi sebuah institusi pendidikan global yang semakin hebat dan mampu melahirkan ramai anak bangsa berilmu tinggi.

Sempena majlis tersebut baginda turut berkenan menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman antara UMAM lima buah universiti di Indonesia iaitu University Muhammadiyah Kalimantan Timur, University Muhammadiyah Tanggerang, University Muhammadiyah Sumatera Utara, University Muhammadiyah Riau dan University Muhammadiyah Bangka Belitung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya