Pusat Selam Skuba UMT terima pengiktirafan lima bintang

Pusat Selam Skuba UMT terima pengiktirafan lima bintang

WAKIL Scuba Diving International, Baharim Mustafa (kiri) menyampaikan sijil pengiktirafan lima bintang Pusat Selam Skuba UMT kepada Dr. Mazlan Abd Ghaffar (dua kiri) di Pulau Bidong, Kuala Nerus, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pusat Selam Skuba Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan universiti pertama di negara ini mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Scuba School International (SDI) pada 23 Ogos lalu.

Pengiktirafan itu akan melonjakkan lagi peranan universiti tersebut dalam usaha pemuliharaan ekosistem marin dan membawa lebih banyak impak positif terhadap bidang arkeologi bawah air di negara ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, pengiktirafan tersebut juga akan membuka satu dimensi baharu bagi memperkasakan pelancongan pendidikan atau edu-tourism di Terengganu yang melibatkan aktiviti selam skuba.

“UMT akan menjadi pelopor kepada aktiviti selaman selamat yang berteraskan garis panduan dan piawaian yang digariskan oleh badan antarabangsa.

“UMT akan sentiasa memainkan peranan dalam mendidik masyarakat untuk menghargai populasi hidupan marin seperti spesis ikan Inggu dan membantu mengawal aktiviti pencerobohan untuk memastikan aset berharga ekosistem marin negara kekal terpelihara.

“Pengiktirafan ini akan meletakkan UMT sebaris dengan universiti terkemuka lain khususnya melalui aktiviti selam skuba di Pulau Bidong yang penuh dengan warisan sejarah, keunikan alam semulajadi dan arkeologi bawah air,” katanya dalam satu kenyataan, di sini,  hari ini.

Pusat Selam Skuba UMT telah dirasmikan pada 8 Ogos lalu oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Pulau Bidong, Kuala Nerus.

Penubuhannya adalah untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih holistik iaitu membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penjanaan dan citra universiti.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Prof Madya Dr. Hasrizal Shaari berkata, sebagai satu entiti selaman profesional, pusat itu akan memperkasakan beberapa bidang selaman skuba yang penting iaitu selaman berkonsepkan edu-tourism, arkeologi bawah air, latihan selaman berfokus, penyelam perubatan dan selaman saintifik.

Menurutnya, perancangan jangka panjang Pusat selam skuba UMT adalah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada agensi-agensi kerajaan dan badan antarabangsa sebagai pusat latihan terkemuka di dalam bidang selaman skuba.

“Antara kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat selam skuba adalah sewaan peralatan selaman scuba, fotografi dan videografi bawah air serta perkhidmatan salvaj dan eskavasi arkeologi bawah air.

“UMT adalah universiti awam pertama yang memperoleh ISO 9001:2015 (Kualiti Sistem Pengurusan) bagi pengurusan latihan berkaitan perlesenan skuba perkhidmatan pendidikan. 

“Rentetan daripada pensijilan ISO tersebut, UMT Diving School juga telah memperoleh sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records dan wakil daripada Pusat selam skuba UMT elah mewakili Malaysia di bawah Jabatan Standard Malaysia bagi membangunkan ISO peringkat dunia berkaitan selaman skuba,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya