Prosiding perbicaraan Ebit Lew bermula 27 September ini

Prosiding perbicaraan Ebit Lew bermula 27 September ini

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prosiding perbicaraan melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew bermula 27 hingga 30 September ini di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan.

Beliau berkata, Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Beliau akan dibicarakan pada 27 hingga 30 September di mahkamah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Februari lalu, Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya