Projek dewan serba guna terbengkalai, penduduk harap disiapkan

Projek dewan serba guna terbengkalai, penduduk harap disiapkan segera

RAMLI Hamat (kiri) bersama Wan Mohd. Nasir (kanan) dan Pawira Mat Salleh menunjukkan bahan binaan terbiar sementara cerucuk tiang dewan serba guna dipenuhi semak-samun di Felda Kota Gelanggi Empat di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk Felda Kota Gelanggi Empat di sini ingin tahu status dewan serba guna di kawasan petempatan itu yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu dan kini dipenuhi semak serta menjadi sarang serangga berbisa dan pembiakan nyamuk.

Selain itu, bahan binaan se­perti simen terbiar yang dilonggokkan berdekatan dengan la­luan utama felda tersebut menyebabkan pemandangan di kawasan itu menjadi buruk dan menyakitkan mata memandang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk, Ramli Hamat, 79, berkata, dia kecewa dengan pihak berwajib kerana gagal menyiapkan projek itu yang didakwa terbiar tiga tahun lalu sehingga dipenuhi semak-samun.

“Kita tidak tahu punca projek ini terbantut yang cuma nampak beberapa ceracak konkrit tiang berkenaan sedangkan penduduk di sini amat berharap pembinaan dewan ini direalisasikan mengikut jadual bagi kemudahan aktiviti kemasyarakatan dan riadah,” katanya di sini semalam.

Menurut Ramli, sebelum pembinaan dewan itu, kawasan tersebut merupakan sebahagian gelanggang sepak takraw untuk belia beriadah, tetapi sejak tiga tahun lalu, tiada lagi tempat bermain dan mereka terpaksa menumpang di Felda berdekatan.

Rakannya, Wan Mohd. Nasir Wan Sulong, 65, berharap Felda dan kerajaan yang mempunyai kemampuan kewangan menyiapkan segera dewan serba guna itu untuk kemudahan penduduk di situ.

“Projek yang terletak ber­dekatan jalan utama dan sekolah rendah di sini sentiasa menjadi perhatian orang ramai malah mencacatkan pemandangan apabila kawasan ini dipenuhi semak-samun dan bahan binaan yang terbiar.

“Apapun, saya berharap projek ini disiapkan segera untuk kemudahan penduduk berkumpul yang selama ini kerap menumpang ketika aktiviti kemasyarakatan di dewan Felda berdekatan,” katanya.

Generasi kedua Felda Kota Gelanggi Empat, Pawira Mat Salleh, 47, berkata, sehingga kini belia di situ tidak ada kemudahan bermain sepak takraw apabila kawasan gelanggang ini termasuk dalam kawasan pembinaan projek tersebut tiga tahun lalu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya