Program 'micro-credentials', APEL tarik minat pelajar Kanada

Program ‘micro-credentials’, APEL tarik minat pelajar Kanada ke Malaysia

DELEGASI KPT yang diketuai Noraini Ahmad (empat dari kiri) berkongsi mengenai pendidikan fleksibel yang ditawarkan di IPT Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Wilayah Saskatchewan, Kanada menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) membabitkan penawaran program ‘micro-credentials’ dan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan Lanjutan Saskatchewan, Kanada, Gordon Wyant dalam satu perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diketuai Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Katanya, pada dasarnya pelajar Kanada kurang berminat untuk menyambung pengajian dalam tempoh yang lama mengikut kaedah pengajian konvensional, justeru dua inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH) itu dilihat bakal mendapat sambutan.

“MQA akan mengikat jalinan ini dengan memorandum persefahaman bersama Saskatchewan Higher Education Quality Assurance Boardyang kerjasamanya bakal diperincikan kelak.

“Usaha ini akan bantu KPT bagi mencapai agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025 seterusnya mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global,” katanya selepas perbincangan berkenaan di University of Saskatchewan (USask) di sini, semalam. 

Hadir sama ketika perbincangan itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Dr. Mohd. Zabri Yusoff; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar; Pengarah Eksekutif, International Education and Jurisdiction Initiatives Ministry of Advanced Education Saskatchewan, Jill Zimmer dan Pengarah International Education and Jurisdiction Initiatives Ministry of Advanced Education Saskatchewan, Shirley Zhou.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, dengan kerjasama dijalin itu, diharap pelajar Kanada dapat mengikuti program yang bercirikan ‘micro-credentials’ dan program yang dirasakan sesuai terutama dalam konteks Edutourism. 

Katanya, pihaknya akan menggalakkan lagi IPT di Malaysia untuk menawarkan program berbentuk Edutourism bagi menarik minat pelajar Kanada mengikuti kursus pendek. 

“Kita juga akan memberi kebebasan kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian benbentuk ‘micro-credentials’ di Kanada khususnya di Saskatchewan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya