Polis siasat 2 remaja bantu kes kematian dalam tandas terbakar

Polis siasat 2 remaja bantu kes kematian rakan dalam tandas terbakar

ARJUNAIDI Mohamed dalam sidang akhbar di IPK Selangor, hari ini. - UTUSAN/ZULFADHLI  ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis  mendapatkan perintah tahanan reman terhadap dua remaja yang dipercayai terlibat dalam kes kebakaran sehingga menyebabkan seorang rakan mereka maut dalam sebuah tandas terbiar di Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam.

Siasatan terhadap remaja berusia 15 tahun dan 16 tahun itu ditukar daripada kematian mengejut (SDR) kepada (kejadian) menyebabkan kematian tanpa niat terhadap seorang remaja lelaki 16 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua rakan mangsa itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua remaja itu negatif dadah. Permohonan reman terhadap mereka dilakukan pagi ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan patologi bagi menentukan punca kematian mangsa.

Terdahulu, dilaporkan tindakan dua remaja bermain api mengundang tragedi ngeri apabila seorang rakan mereka maut dalam kejadian di sebuah tandas awam di Lorong Cakera Purnama 12/21 di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar dipetik berkata, dua rakan mangsa  memaklumkan, mangsa yang berusia 16 tahun sedang berbaring di atas sofa di dalam tandas itu.

Ujarnya, kebakaran bermula semasa dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas dan kemudian, api tersebut menjadi besar dan tidak dapat dikawal.

“Mangsa dikatakan tertidur namun telah terjaga. Rakannya memanggil mangsa untuk keluar dari tandas tetapi, dia telah baring semula di atas sofa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya