Polis Kelantan tubuh unit tempur wanita persediaan hadapi PRU15

Polis Kelantan tubuh unit tempur wanita persediaan hadapi PRU15

MUHAMAD Zaki Harun (dua dari kiri) menyampaikan sijil tamat latihan kepada salah seorang pegawai polis wanita pada majlis Penutup LSF peringkat Kontinjen Kelantan siri 1/2022 di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan menubuhkan Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) wanita sebagai persediaan bagi mengatasi sebarang situasi melibatkan ancaman ketenteraman awam ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penempatan pasukan itu perlu dalam usaha mengekang sebarang kekecohan berlaku sepanjang proses pilihan raya.

Menurutnya, LSF wanita itu juga diwujudkan di setiap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri yang berperanan menghadapi perusuh ketika tunjuk perasaan dan membantu penguat kuasa tempatan dalam mengawal situasi semasa.

“Pasukan ini digerakkan untuk persiapan pilihan raya selain turut memantau dan membuat rondaan di kawasan ceramah parti politik. Tugas pasukan LSF ini adalah sebagai penggempur ringan menghadapi perusuh.

“Selain daripada itu, pasukan ini juga dapat meningkatkan percambahan idea untuk berfikir secara proaktif dan sebagai latihan membuat penilaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Penutup Kursus Asas LSF (Wanita) Peringkat Kontinjen Kelantan Siri 1/2022 di padang kawad Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Chepa hari ini.

Tambahnya, setiap pegawai dan anggota didedahkan dengan latihan menghadapi gas pemedih mata, kursus asas penggunaan cota atau rotan termasuk perisai yang digunakan bagi menghadapi situasi kecemasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya