Pihak berkuasa digesa bersihkan parit elak banjir berulang

Pihak berkuasa digesa bersihkan parit elak banjir berulang

NORDIN MIAN (kanan) dan Sulaiman Marsom menunjukkan keadaan parit ditumbuhi rumput yang didakwa menyekat aliran air dan menyebabkan banjir kilat di Kampung Parit Sapran, Kayu Ara Pasong, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penduduk Kampung Parit Sapran, Kayu Ara Pasong dekat sini meminta pihak berkuasa membersih dan menyelenggara parit sepanjang 0.6 kilometer yang menjadi punca banjir kilat baru-baru ini.

Mereka mendakwa parit yang ditumbuhi rumput yang tebal tanpa diselenggara telah menyekat aliran air apabila hujan lebat menyebabkan ada rumah yang dimasuki air.

Seorang penduduk, Sulaiman Marsom, 60, berkata, kerja-kerja pembersihan parit perlu dilakukan dengan segera memandangkan hujan lebat sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Dakwanya, sebelum  tahun 2018, tiada berlaku keadaan seperti itu apabila kerja-kerja pembersihan parit dilakukan sekurang-kurangnya empat  kali setahun bagi mencegah kejadian banjir dan sebagainya.

“Disebabkan ketiadaan kerja-kerja pembersihan secara berkala menyebabkan rumput telah memenuhi permukaan parit sehingga menyekat aliran air ke sungai-sungai utama,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru  ini.

Sulaiman berkata, masalah sistem perparitan juga telah menyebabkan kebun-kebun  tidak mendapat bekalan air mencukupi sehingga tanaman tidak tumbuh dengan baik.

Bagi pesara guru, Nordin Mian, 68, kejadian banjir dua minggu lalu telah menyebabkan rumahnya serta tujuh rumah penduduk yang lain dimasuki air sehingga paras buku lali dan menyebabkan peralatan rumah rosak.

“Banjir kilat ini berkemungkinan disebabkan aliran air tidak lancar, seterusnya menyebabkan berlaku limpahan air sehingga memasuki kediaman penduduk,” katanya yang turut menzahirkan kekecewaan atas kegagalan pihak berkuasa menyelenggara sistem perparitan dengan baik.

Jka keadaan  itu berterusan terutamanya menjelang musim tengkujuh pada hujung tahun, dikhuatiri akan berlaku banjir lagi kerana parit  tersebut tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya