KEPALA BATAS: Sejak pulang ke kampung halaman selepas didiagnosis menghidap kanser lidah kira-kira tiga tahun lalu, Mohd. Zairuddin Abd. Aziz, 41, dan keluarganya cuma hidup menumpang di rumah saudara mereka. Bapa kepada seorang cahaya mata itu bagaimanapun bertuah apabila tersenarai sebagai antara penerima Skim Inapan Kasih di bawah Zakat Pulau Pinang (ZPP) tahun ini. “Alhamdulillah, syukur dapat duduk di rumah sendiri juga akhirnya. Inilah impian kami sekeluarga sejak dulu. “Memang jauh lebih selesa. Terima kasih kepada zakat (ZPP) dan semua pihak yang banyak membantu kami selama ini,” kata bekas penyelia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya