Pesakit Covid-19 masuk wad meningkat melebihi 500 kes

Pesakit Covid-19 masuk wad meningkat melebihi 500 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,213 kes berbanding kelmarin, 2,783 kes sekali gus diatasi 3,847 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur kekal menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,006 kes diikuti  Selangor (865), Sabah (241), Perak (224), Pulau Pinang (171), Negeri Sembilan (153), Kedah (130) dan Johor (114).

Ia diikuti Melaka (90), Putrajaya (59), Sarawak (52), Kelantan (42), Pahang (34), Terengganu (23), Perlis (6) dan Labuan tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 520 orang berbanding kelmarin, 471 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 54 kes bersamaan jumlah kelmarin, 54 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 33 kes berbanding jumlah kelmarin, 32 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, sifar kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 19 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,039 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,977 kes. 

Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,644 kes. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya