Persimpangan bertingkat kurangkan kesesakan trafik di Meru

Persimpangan bertingkat kurangkan kesesakan trafik di Meru

TENG Chang Khim (tengah) dan Azmir Merican (kanan) bergambar berlatarbelakangkan persimpangan bertingkat di Jalan Meru yang menghubungkan Persiaran Sungai Keramat, Persiaran Astana dan Bandar Setia Alam di Klang, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kesesakan trafik yang kerap melanda Jalan Meru pada waktu puncak dapat dikurangkan dengan pembukaan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Persiaran Sungai Keramat, Persiaran Astana dan Bandar Setia Alam di Bandar Bukit Raja, di sini.

Kewujudan persimpangan bertingkat yang disempurnakan perasmiannya oleh Exco Perdagangan dan Industri Selangor, Datuk Tang Cheng Khim itu juga dijangka merancakkan lagi pembangunan di Bandar Bukit Raja.

Menurutnya, persimpangan bertingkat itu dapat memudahkan pergerakan penduduk di kawasan tersebut, Meru dan Kapar, walaupun projek tersebut pernah mendapat bantahan daripada orang awam sebelum ini.

“Antara cabarannya adalah pemaju daripada Syarikat Sime Darby Property Berhad berhadapan dengan desakan daripada penduduk setempat yang tidak berpuas hati terhadap projek tersebut apabila menganggap rekaannya mendatangkan risiko kepada mereka.

“Bagaimanapun, dalam beberapa rundingan termasuk campur tangan Majlis Perbandaran Klang (MPK), persimpangan bertingkat itu dapat disiapkan selepas kita menawarkan kepada mereka untuk mencadangkan rekaan yang bersesuaian,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Persimpangan bertingkat sepanjang 420 meter itu mula dibina pada Januari 2020 kemudian siap sepenuhnya pada 15 Jun lalu dengan kos sebanyak RM73.5 juta dan dijangka memudahkan pengguna untuk mengakses laluan ke Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE).

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad, Datuk Azmir Merican berkata, Bandar Bukit Raja kini berkembang pesat sejak dilancarkan lebih 20 tahun lalu dengan menawarkan pelbagai produk kediaman dan hartanah komersial. 

“Perbandaran ini turut menyumbang kepada pertumbuhan portfolio Sime Darby Property yang mana terletaknya beberapa kawasan perindustrian terbesar seperti Bandar Bukit Raja Industrial Gateway dan E-Metro Logistic Park yang dilancarkan baru-baru ini. 

“Bandar Bukit Raja adalah perbandaran pegangan bebas seluas kira-kira 1753.5 hektar yang diinspirasikan sebagai sebuah perbandaran bersepadu menawarkan komponen kediaman, perindustrian dan komersial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya