Permohonan masuk kolej vokasional  meningkat di Terengganu

Permohonan masuk kolej vokasional  meningkat di Terengganu

ABDUL Muie Ngah (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kolej Wakaf Tembesu dengan wakil pemain industri di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Pendidikan negeri berhasrat melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Muie Ngah berkata, graduan TVET memiliki kebolehpasaran kerja yang tinggi dalam sektor seperti automatif, kimpalan, teknologi makanan dan lain-lain.

Katanya, permohonan kemasukan ke enam Kolej Vokasional (KV) di negeri ini juga bertambah sekali gus membuktikan usaha menarik minat pelajar membuahkan hasil.

“Jika dilihat di negara maju seperti Korea Selatan dan Jerman, sebanyak 70 peratus fokus bidang pendidikan mereka adalah berasaskan kepakaran dalam bidang teknik dan vokasional. Di Terengganu, terdapat 2,717 pelajar di enam KV seluruh negeri termasuk yang baru dibuka di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan kita berhasrat memiliki satu KV di setiap daerah.

“Kita juga berjaya mengubah stigma KV hanya menjadi pilihan pelajar sederhana sebaliknya ramai pelajar cemerlang juga sedang mengikuti pelajaran di situ,” katanya selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) KV Wakaf Tembesu bersama 14 pemain industri di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu Pengarah KV Wakaf Tembesu, Norman Mohd. Nor berkata, kerjasama lima tahun bersama syarikat tempatan itu membuka peluang pekerjaan buat pelajarnya sebaik sahaja tamat pengajian.

Jelasnya, pihaknya meletakkan sasaran 70 peratus pelajar akan menjadi pekerja mahir setiap tahun bagi menggantikan tenaga kerja asing dalam pelbagai bidang vokasional. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN