Pendakwaan fail rayuan gantung hukuman dan sabitan salah

Kes Peter Anthony: Pendakwaan fail rayuan gantung hukuman dan sabitan salah

PETER ANTHONY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan itu pada 5 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Rayuan tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes pada 4 Oktober ini.

Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Catherine Nicholas. Prosiding hari ini turut disertai peguam bela, S.Devanandan yang mewakili Peter,51. 

Tahun lalu, Peter yang merupakan bekas Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat untuk menipu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Peter telah didapati bersalah dan dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan oleh Hakim Azura Alwi pada 26 Mei lalu. 

Bagaimanapun, Azura telah membenarkan permohonan Peter untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya selepas mahkamah mempertimbangkan afidavit, hujahan bertulis dan hujahan lisan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan pada prosiding sebelum ini.

Pada 28 Julai lepas, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika membantah permohonan itu berhujah permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tertuduh (Peter) diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan hanya boleh dibenarkan sekiranya terdapat ‘clerical error’ atau kesilapan seperti dinyatakan dalam Seksyen 278 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Devanandan pula berhujah permohonan anak guamnya untuk menggantung pelaksanaan sabitan dibuat atas alasan yang sama seperti dalam dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan alasan terdapat keadaan istimewa mengikut Seksyen 311 kanun sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya