Pemuda UMNO ucap 'selamat datang ke Terengganu' kepada GTA

Pemuda UMNO ucap ‘selamat datang ke Terengganu’ kepada GTA

DR. Mahathir Mohamad bersama barisan kepimpinan utama GTA pada majlis pelancarannya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu mengucapkan ‘selamat datang ke Terengganu’ kepada sebuah gagasan Melayu yang baharu, Gerakan Tanah Air (GTA) yang mahu menentang UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, pihaknya tidak merasa tercabar dengan kemunculan GTA yang bertunjangkan kepada tiga parti utama iaitu Pejuang, Putra dan Berjasa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

TENGKU HAPHIZ TENGKU PUTERA

Malah menurutnya, Pemuda UMNO negeri juga percaya rakyat juga tidak menyokong gagasan baharu yang ditubuhkan oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai kepentingan peribadi.

Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada halangan kepada GTA ditubuhkan, seterusnya bertanding di mana-mana kerusi di seluruh negara termasuk di negeri ini pada PRU-15 nanti. 

“Pemuda UMNO Terengganu ingin mengucapkan ‘welcome to Terengganu’ kepada GTA dan kami bersedia menghadapi GTA dan gabungan parti-parti lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan gagasan baharu parti politik yang ditubuhkan, dikenali GTA berhasrat bertanding di 120 kerusi Parlimen pada PRU-15 nanti. 

GTA dilancarkan secara rasmi dengan disertai Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Pengerusinya, Dr. Mahathir berkata, gerakan itu akan fokus untuk bertanding di semua kerusi majoriti Melayu dan kerusi yang ditandingi UMNO khususnya di Semenanjung Malaysia. 

Tengku Haphiz memberitahu, Pemuda UMNO negeri juga bersedia sedia berhadapan dengan gabungan lain iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15.

“Berdasarkan kepada sokongan rakyat yang semakin tinggi terhadap UMNO, parti itu yakin mampu melakukan kejutan dengan merampas semula kerajaan di negeri ini walaupun bakal berhadapan dengan pertarunan  empat penjuru,” ujarnya.

Pada PRU-14 lalu, daripada keseluruhan 32 kerusi DUN di negeri Terengganu yang dipertandingkan, Pas memenangi 22 kerusi manakala BN menawan 10 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula gagal mendapat sebarang kerusi.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya