Parti Warisan Pulau Pinang ingatkan Pas rasuah tidak kenal kaum

Parti Warisan Pulau Pinang ingatkan Pas rasuah tidak mengenal kaum

MARTIN LIM HUAT POH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Parti Warisan Pulau Pinang membantah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera menjadi kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

Ketua Biro Penerangan Parti Warisan Pulau Pinang, Martin Lim Huat Poh berkata, kenyataan Abdul Hadi itu bukan sahaja menyinggung perasaan orang bukan Melayu, malah boleh  merenggangkan perpaduan antara kaum di negara ini.

“Kenyataan beliau bahawa orang bukan Melayu adalah punca rasuah adalah tidak masuk akal dan harus dikecam. Kenyataan ini bukan sahaja berbahaya tetapi berbaur perkauman, malah amat bercanggah dengan salah satu teras perjuangan Parti Warisan di mana perpaduan rakyat diutamakan.  

“Malah, matlamat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak akan berjaya selagi kita masih berfikiran sama seperti Abdul Hadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Abdul Hadi juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah ‘penyakit denggi’.

Menurut Martin, umum mengetahui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat.

Seperti parti lain ujar beliau, Pas juga sudah mula meningkatkan publisiti parti dengan cuba menjadi juara kepada orang Melayu amnya.

“Tetapi dengan strategi publisiti murahan seperti ini akan mencetuskan perasaan benci dan saling tuduh menuduh antara rakyat berbilang kaum serta memusnahkan keharmonian jika dibiarkan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, Abdul Hadi perlu diingatkan rasuah bukan sahaja melibatkan jumlah wang yang besar untuk mendapat manfaat daripadanya tetapi juga termasuk pemberian-pemberian kecil.  

“Telah terbukti melalui kes mahkamah sebelum ini rasuah berlaku dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, bukan hanya melibatkan sesuatu kaum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya