Parkir khas berpusat Hospital Melaka beroperasi November

Parkir khas berpusat Hospital Melaka beroperasi November

Kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan parkir bertingkat seperti di Hospital Selayang, Selangor bagi mengatasi masalah kesesakan parkir di Hospital Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kerajaan negeri menyediakan tapak parkir khas berpusat di Taman 1 Lagenda dekat sini bagi mengatasi masalah kesesakan kenderaan di Hospital Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kemudahan tersebut mula beroperasi November depan dan mempunyai 200 petak parkir khusus untuk waris pesakit, pelawat serta kakitangan hospital.

Menurut beliau, pengguna dikenakan caj RM1 sejam sementara pakej khas akan disediakan pihak pengendali operasi, Panorama Melaka (Panorama) kepada kakitangan hospital.

“Kita minta Panorama menyediakan pakej bayaran serendah RM30 sebulan kepada kakitangan hospital. Sebagai permulaan, Panorama bersetuju menyediakan empat buah bas bagi tujuan tersebut.

“Waktu operasi bermula pukul 6 pagi sehingga 10.30 malam. Pengguna perlu menunggu kira-kira 10 ke 15 minit bagi ketibaan setiap bas,” katanya dalam sidang akhbar  di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, waris masih dibenarkan menurunkan pesakit dalam kawasan hospital bagi memastikan urusan rawatan lebih pantas.

Katanya, pesakit boleh diturunkan di lobi hospital dan selepas itu waris perlu ke parkir khas berpusat untuk meletak kenderaan.

“Lima kakitangan hospital akan ditempatkan di lobi untuk menyambut dan mendaftarkan pesakit yang mendapatkan rawatan di jabatan sepatutnya. 

“Waris tidak perlu bimbang pesakit perlu menunggu lama kerana ada kakitangan yang akan menguruskan ahli keluarga mereka.

“Warga emas, orang kurang upaya (OKU) kekal atau sementara dan ibu mengandung masih dibenarkan meletakkan kenderaan dalam kawasan Hospital Melaka khususnya pada waktu puncak iaitu pukul 7 hingga 10 pagi. Golongan ini diberikan keutamaan kerana pergerakan mereka yang terhad,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya