Orang Melayu tidak suka politik - Abdul Hadi

Orang Melayu tidak suka politik – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG menerima kira-kira 1500 borang keahlian PAS dari Pengerusi Kelab Mahasiswa Penyokong PAS, Dzafir Firdaus Ahmad Zubairy sempena Konvesyen Mahasiswa Malaysia 2022 Puchong hari ini.-UTUSAN /MUHAMAD IQBAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Ramai orang Melayu didakwa tidak suka berpolitik termasuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sikap tidak ambil peduli itu akhirnya menyebabkan kuasa politik negara dikuasai bukan Islam dan golongan liberal pada PRU lalu.

“Sedangkan orang bukan Islam tidak pernah mengetepikan soal politik, walaupun bertugas di dalam hutan di Sabah, Sarawak mahu pun di  luar negara, namun mereka sanggup balik ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Jauh bezanya dengan kita sebagai orang Islam yang tidak mahu mengundi mahu pun terlibat dalam PRU hingga kuasa politik diambil alih orang lain,” katanya ketika program Pesanan Ayah Chik buat mahasiswa sempena Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022 di Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata, menjadi tanggungjawab Pas untuk menyedarkan dan menginsafkan orang Melayu betapa pentingnya tanggungjawab berpolitik dan menegakkan kuasa Islam.

Katanya, politik bukan bidang yang jahat sebagaimana tuduhan masyarakat, sebaliknya bidang ini dicemari segelintir ahli politik yang jahat dan kotor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya