Orang Asli sanggup menabung beli Jalur Gemilang

Orang Asli sanggup menabung beli Jalur Gemilang

ZAKARIA Abdullah mengibar Jalur Gemilang di rumahnya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli daripada suku kaum Mendriq dan Bateq di Kampung Pasir Linggi, di sini sanggup menabung semata-mata mahu membeli Jalur Gemilang sebagai tanda menzahirkan semangat cintakan tanah air sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan Ke-65 tahun ini.

Penduduk Orang Asli suku Batek, Zakaria Abdullah, 55, berkata, dia mula menabung sejak sebulan lalu untuk membeli Jalur Gemilang dan memasangnya di kawasan rumah bagi menyemarakan lagi sam­butan ulang tahun kemerdekaan negara.

“Kami sedar tidak mudah untuk rakyat merasai nikmat keamanan yang ada sekarang tanpa perjuangan pemimpin terdahulu.

“Sebab itulah kami sanggup menabung bagi memastikan Jalur Gemilang dapat dipasang di kawasan rumah,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Kampung Machang, Mohd. Azman Talib @ Bolek berkata, walaupun perkampungan mereka terletak hampir 100 kilometer dari bandar Gua Musang, namun mereka tetap bersemangat menyemarakkan Hari Kebangsaan.

Katanya, mereka mengambil peluang sempena Bulan Kemerdekaan untuk memupuk semangat patriotik dengan menggalakkan penduduk me­ngibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

“Aktiviti membeli dan me­ngibar bendera ini hanyalah usaha kecil kami sebagai rakyat berbanding pejuang dahulu yang menitis keringat dan darah untuk mempertahankan negara.

“Setiap tahun, keluarga Orang Asli di sini akan menabung serta membeli bendera untuk memasangnya di rumah mereka,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati setiap kediaman termasuk rumah tradisional milik penduduk Orang Asli dihiasi dengan Jalur Gemilang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya