Nasib Najib masih jadi tanda tanya

Nasib Najib masih jadi tanda tanya

NAJIB Tun Razak hadir di Mahkamah Persekutuan pada hari keempat prosiding rayuan akhirnya semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Nasib Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Ogos ini masih menjadi tanda tanya setelah pasukan pembelaan sekali lagi menegaskan tidak mahu membuat sebarang hujahan.

Peguam kepada bekas Perdana Menteri itu, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan bahawa pihaknya tidak berbuat demikian setelah tidak dibenarkan untuk penangguhan sehingga Khamis depan.

“Seperti saya sebut sebelum ini, pembelaan tidak akan membuat hujahan kepada mahkamah pada Selasa depan (23 Ogos),” katanya dalam sidang akhbar selepas prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Hisyam Teh Poh Teik

Terdahulu, Hisyam memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan tidak akan menghantar sebarang hujahan dalam prosiding yang disambung pada minggu depan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V. Sithambaram ketika ditemui pemberita memberitahu, mahkamah tetap membuat keputusan meskipun peguam Najib tidak mengemukakan sebarang hujahan.

Ketika ditanya sama ada mahkamah kemungkinan membuat keputusan pada Selasa depan, Sithambaram menjelaskan situasi itu boleh berlaku untuk menentukan sama ada rayuan Najib ditolak atau diterima.

“Mungkin mahkamah boleh menentukan satu tarikh lain untuk membuat keputusan rayuan ini,” katanya.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Selain Tengku Maimun, panel lima hakim lain adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan peguam agar ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

Ketika pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, Najib yang juga Menteri Kewangan, pernah menjadi Penasihat Emeritus SRC dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya