Najib tinggalkan satu lagi catatan, imbau jasa sepanjang tadbir Malaysia

Najib tinggalkan satu lagi catatan, imbau jasa sepanjang tadbir Malaysia

najib
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meninggalkan catatan yang ditulis beberapa hari sebelum Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan sabitan hukuman denda dan penjara terhadapnya, bagi mengimbau semula jasa beliau kepada rakyat Malaysia sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Menerusi posting di Facebook, Najib berkata, beliau berjaya mengukuhkan ekonomi Malaysia sepanjang 10 tahun memegang jawatan Perdana Menteri dan sentiasa menjalankan tugasnya tanpa menjatuhkan individu lain.

 “Memimpin Malaysia hampir 10 tahun. Ada yang kata naik tidak memijak lawan, jatuh tidak mengheret kawan. I guess in politics, you should never be a gentleman. But that’s my personality, how can I be someone I am not?

“Sepanjang masa ini saya hanya mahu berikan usaha terbaik saya. Menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan pemimpin lama kepada saya. Mengharungi beberapa krisis kewangan.

 “Dunia politik ini ada yang kata licik dengan penganiayaan, kejam, bermusuhan, keikhlasan dibalas pengkhianatan dan penghinaan. Saya sendiri telah melihat dan mengalami kesemua ini sehingga kini. Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan di dunia buat saya,” katanya dalam catatan bertarikh 22 Ogos itu.

Menurut Najib, beliau berjaya menggandakan saiz ekonomi kita dari RM700 bilion ke RM1.4 trilion, membina aset negara dengan peningkatan nilai aset Khazanah ke tahap RM116 bilion dari RM33 bilion, mengukuhkan aset Tabung Haji dari RM21 bilion ke RM74 bilion, membawa aset KWSP dari RM300 bilion ke RM800 bilion dan memastikan rizab Petronas meningkat dari RM30 bilion kepada RM176 bilion.

 Najib juga berkata, beliau menyediakan bantuan kebajikan dengan pemberian tunai langsung dan meningkatkan kadarnya, meluaskan kelayakan tahun demi tahun dan mendahulukan rakyat dengan Klinik 1Malaysia, UTC, perumahan rakyat dan kuota haji.

 “Saya tidak pernah meninggalkan rakyat. I was only interested in doing my job, giving my best.

“Malah saya membela kelangsungan hidup rakyat pada masa terdesak dan amat memerlukan dengan penyediaan Skim Insurans Pekerjaan, dan berjuang mendapatkan pengeluaran KWSP i-sinar, i-Lestari, i-Citra.

 “Tidak mengapa jika tiada yang menghargai kerana begitulah kehidupan. Saya ikhlas memimpin Malaysia. I gave my best, I tried my best. Tidak mengapa jika tiada yang menghargai. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya