PUTRAJAYA: Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib bermula, peguam bekas Perdana Menteri itu memohon agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimum Tuan Mat untuk menarik diri daripada mendengar rayuan akhir itu.
Menurut peguam Hisyam Teh Poh Teik, permohonan tersebut difailkan Najib lewat malam tadi.
Selain Hakim Tengku Maimun, panel lima hakim turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. – UTUSAN