Najib ke Penjara Kajang - Utusan Malaysia

Najib ke Penjara Kajang

PASUKAN keselamatan di luar Mahkamah Persekutuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah rayuan akhirnya ditolak Mahkamah Persekutuan.

Difahamkan perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis waran penjara sejurus selepas keputusan mahkamah sebentar tadi.

Terdahulu panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya