Najib bela diri sendiri? - Utusan Malaysia

Najib bela diri sendiri?

Najib Tun Razak bersama peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa rayuan akhir beliau dalam kes SRC International boleh terjejas sekiranya beliau tidak diwakili oleh peguam.

Ini ekoran keputusan peguam belanya, Hisyam Teh Poh Teik menarik diri atas alasan belum bersedia untuk berhujah selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding tersebut semalam.

“Hak saya untuk hidup, kebebasan saya dan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil kini terancam. Seperti yang semua tahu, peguam saya tidak bersedia meneruskan kerana mereka tidak mempunyai masa secukupnya.

“Namun Mahkamah tidak membenarkan mereka menarik diri. Ini menyebabkan pembelaan saya tidak dapat dikemukakan dan hanya pendakwaan yang membuat hujah. Saya berdoa dan berharap keadilan ditegakkan,” katanya.

Sementara itu, peguam belanya, Hisyam Teh Poh Teik menyokong dakwaan tersebut dengan menyatakan secara dasarnya, Najib memang tidak diwakili peguam bela.

Beliau juga mengesahkan pihaknya tidak akan memfailkan sebarang hujahan bertulis baharu memandangkan pembelaan tidak diberikan sebarang penangguhan.

Menjawab pertanyaan mengenai apa yang boleh berlaku ekoran prosiding hari ini, Hisyam menyatakan, memandangkan beliau tidak akan membuat hujahan balas, Mahkamah boleh terus membuat keputusan.

“Bagaimanapun saya berharap panel hakim tidak berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan ketika ditemui menjelaskan, Najib masih diwakili peguam bela dan mahkamah turut merekodkan perkara yang sama.

“Dalam rekod mahkamah, Najib masih mempunyai peguam malah Hisyam turut berada di dalam mahkamah sepanjang masa. Cuma peguamnya enggan mengemukakan sebarang hujahan,” kata salah seorang ahli pasukan pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya