Minta kerajaan senaraikan minyak masak bawah harga RM34.70

Minta kerajaan senaraikan jenama minyak masak bawah harga RM34.70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebahagian besar pasar raya di negeri ini mematuhi penguatkuasaan harga maksimum minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (kg), yang kini dijual pada harga kawalan RM34.70 bermula semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat juga pasar raya di Peringgit dekat sini, menjual lebih rendah iaitu RM34.69.

Bagi minyak masak campuran lima kg yang tidak termasuk dalam penguatkuasaan pula, harganya dilihat masih kekal antara RM45.29 hingga RM47.29 sebotol.

NOORSULIANA UJANG

Seorang pengguna, Noorsuliana Ujang, 36, berkata, dia meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengeluarkan senarai minyak masak yang diturunkan harga.

Menurutnya, senarai itu penting bagi memudahkan pengguna mengenal pasti jenama minyak masak terlibat, agar tidak tersalah membeli minyak masak yang tidak dikawal harganya.

“Kalau di pasar raya kita keliru kerana banyak sangat jenama minyak masak di rak serta bercampur-campur dengan lain. Sekurang-kurangnya bila tahu jenamanya mudah untuk kita membeli,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, penguatkuasaan harga baharu itu sedikit sebanyak melegakan walaupun ia dianggap masih tinggi bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

HAMIDAH PIT

Sementara itu, seorang suri rumah, Hamidah Pit, 53, turut melahirkan rasa lega dengan keputusan kerajaan menurunkan harga minyak masak kepada RM34.70.

“Dulu minyak masak botol lima kg sangat mahal iaitu pada RM45.29. Saya sebagai suri rumah memang terkesan dengan harga sebelum ini.

“Cuma yang saya keliru minyak masak jenama apa sebenarnya yang diturunkan. Jika kerajaan keluarkan senarai minyak masak itu, mudahlah bukan saya sahaja tetapi orang lain hendak membelinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya