MBSJ perkenal tempat letak kereta dua jam untuk atasi kesesakan

MBSJ perkenal tempat letak kereta dua jam untuk atasi kesesakan

mbsj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna kenderaan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bakal menikmati kemudahan tempat letak kereta dua jam di kawasan terpilih bermula 1 September 2022 (Khamis) ini.

Selain memberi peluang kepada lebih ramai pengguna menggunakan tempat letak kereta, inisiatif ini akan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan hotzone serta masalah double parking sekali gus mengatasi masalah monopoli petaktempat letak kereta di kawasan komersial.

Sehingga kini, pihak Majlis telah menyediakan 2, 106 petak tempat letak kereta dua2 jam daripada anggaran 45, 000 petak tempat letak kereta di semua kawasan komersial yang akan diwartakan.

Pada peringkat permulaan ini, pelaksanaan kemudahan tempat letak kereta dua jam ini merangkumi enam jalan utama iaitu Jalan USJ 10, Jalan SS12, Jalan SS15, Jalan USJ 21, Jalan Bandar Puteri dan Jalan Kenari (seperti di lampiran 1).

Inisiatif ini juga akan diperluaskan  dari masa ke semasa mengikut kesesuian lokasi manakala petak khas bagi Orang Kurang Upaya (OKU) sediada akan dikecualikan.

MBSJ juga akan menggunapakai penggunaan warna petak yang berlainan bagi penggunaan kemudahan parking dua jam ini.

Pelaksanaan pemilihan tempat letak kereta dua (2) jam ini mengambil kira beberapa aspek utamaiaitu:

Lokasi laluan jalan utama yang mempunyai laluan trafik yang tinggi seperti kemudahan perbankan, pusat rawatan, Pejabat Pos, Pejabat Kerajaan dan lain-lain kemudahan yang
menjadi tumpuan ramai.

Bagi jalan yang mempunyai dua (2) barisan petak, pemilihan petak tempat letak kereta dua (2) jam adalah barisan yang bertentangan dengan rumah kedai.

Petak khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) sediada adalah dikecualikan dari pelaksanaan sistem tempat kereta dua jam ini.

Pemilihan petak secara berterusan serentak atau sebaris dan tidak hanya memilih petak tertentu mengikut premis. Ini adalah bagi memudahkan pelaksanaan secara praktikal bagi penyediaan kemudahan berikut warna petak tempat letak kereta dua jam, papan tanda, kaedah pemantauan penguatkuasaan oleh anggota penguatkuasa, pemahaman pengguna mengenalpasti lokasi petak tempat letak kereta dua jam mengikut nama-nama jalan.

Dengan kadar bayaran RM0.50 bagi tempoh masa setengah jam pertama, pengguna dibenarkan menggunakan kemudahan ini sehingga tempoh masa maksimum dua (2) jam seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Sesebuah kenderaan persendirian mahupun komersial perlu mengosongkan tempat mereka dan pemandu tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan di kawasan yang sama selepas tamat  tempoh dua jam.

Mengorak selangkah ke hadapan, MBSJ telah menggunapakai e-kupon dan aplikasi mudah alih seperti Smart Selangor Parking, Flexi Parking, JomParking serta e-wallet Boost dan Touch n Go
e-wallet, Kedai Serbaneka KK Mart dan Setel bagi melaksanakan pembayaran tempat letak kereta dan tidak ketinggalan juga bagi mereka yang tidak memiliki kemudahan telefon pintar boleh membayar tempat letak kereta melalui agen sah e-kupon seperti yang tertera dalam aplikasi Smart Selangor Parking.

Bagi memastikan tempoh tempat letak kereta dua jam ini dipatuhi oleh setiap pengguna, MBSJ akan melaksanakan pemantauan penguatkuasaan berkala dan mengambil tindakan kepada mana-mana pengguna yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang bagi memastikan setiap warga kota Subang Jaya menikmati sepenuhnya kemudahan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya