MBPJ gantung Jalur Gemilang gergasi semarak merdeka 

MBPJ gantung Jalur Gemilang gergasi semarak merdeka 

MOHAMAD Azhan Md. Amir meletakkan bendera di kenderaan majlis dan agensi luar semasa Program Semarak Jalur Gemilang MBPJ 2022 - IHSAN MBPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menggantung Jalur Gemilang di dua sudut menaranya sebagai tanda patriotisme dan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65.

Datuk Bandarnya, Mohamad Azhan Md. Amir berkata, dua jalur gemilang gergasi digantung pada menara MBPJ buat kali pertamanya pada 22 Ogos ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan.

Kata beliau, pemasangan bendera yang saiznya boleh disamakan dengan banggunan 10 tingkat itu antara lain bertujuan menyuntik dan menyemarakkan lagi semangat penduduk Petaling Jaya untuk bersama-sama menghayati hari penuh sejarah tersebut.

“Kita memulakan langkah ini kerana hendak bersama-sama dengan seluruh rakyat Petaling Jaya untuk berbangga dan cinta terhadap negara melalui pengibaran bendera Malaysia.

“Daripada sehelai kain putih yang mungkin tiada apa maknanya tetapi kita mencorakkan kain putih tersebut sehingga menjadi bendera Malaysia yang mempunyai roh, maruah dan jiwa dalamnya. Bendera itu juga harus kita tunjukkan kepada seluruh masyarakat dunia,” katanya semasa Program Semarak Jalur Gemilang MBPJ.

Mohamad Azhan berkata, sambutan kali ini juga buat pertama kalinya dilakukan secara besar-besaran dengan penyertaan 1,000 warga majlis dan 26 komuniti luar secara maya mahupun fizikal.

Beliau berharap setiap kawasan seluruh Malaysia khususnya Petaling Jaya mengibarkan jalur gemilang.

“Sematkan dalam hati bahawa kita ada sesuatu tanggungjawab yang harus kita jalankan iaitu membangunkan negara. Pejuang-pejuang terdahulu telah pun membebaskan negara daripada penjajah dan sebagainya.

“Maka, tugas generasi sekarang ni adalah membangunkan dan memakmurkan negara yang sudah pun dibebaskan oleh pahlawan negara kita. Jadi itu sebenarnya rasionalnya di sebalik program kibar Jalur Gemilang di peringkat Petaling Jaya ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Azhan menjelaskan antara objektif program tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan pendidikan pada golongan muda mencintai negara.

“Sebahagian besarnya adalah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak kita kerana mereka adalah pewaris negara. Jadi salah satu semangat cinta pada negara adalah menghormati bendera Malaysia itu sendiri.

“Memang harapan kita untuk golongan muda menjiwai bendera, bukan sekadar bendera semata-mata tetapi jalur gemilang yang mempounyai jiwa dan roh yang harus kita pegang serta julang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya