Maritim Malaysia rampas 29 bubu naga di Langkawi

Maritim Malaysia rampas 29 bubu naga di Langkawi

BUBU naga yang dirampas semasa pemantauan Op Aman oleh Maritim Malaysia di sekitar perairan Langkawi, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis merampas 29 set bubu kambang atau bubu naga semasa melakukan pemantauan Op Aman sekitar perairan Langkawi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya melakukan pemantauan secara berkala susulan aduan awam yang diterima sebelum ini.

“Rampasan 29 unit bubu naga kali ini berjaya dilakukan kira-kira pukul 4 petang, semalam, di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara Teluk Apau.

“Kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,500 dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Romli, penggunaan bubu naga masih menjadi pilihan sebahagian komuniti nelayan di daerah itu.

Jelasnya, ini akan mengancam dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional atau pesisir pantai.

Tambah beliau, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya