Mandi peluh siapkan tanjak merdeka

Mandi peluh siapkan tanjak merdeka

ABDUL Hakim Ismail menunjukkan tanjak bermotifkan Jalur Gemilang yang sudah siap dihasilkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pembuat tanjak bermotifkan Jalur Gemilang bermandi peluh menyiapkan 300 tempahan bermula awal bulan ini untuk dipakai sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65 pada 31 Ogos ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdul Hakim Ismail, 27, berkata, tempahan itu menyebabkannya terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan permintaan pelanggan untuk tampil segak pada ulang tahun kemerdekaan negara dapat dipenuhi.

Katanya, setiap hari dia mampu menyiapkan 10 hingga 20 tanjak kerana proses tersebut memerlukan fokus dan ketelitian yang tinggi bagi memastikan pelanggan puas setiap kali memakai busana Melayu itu.

“Saya mempunyai 10 jenis bentuk tanjak yang bermotifkan Jalur Gemilang sebagaimana permintaan pelanggan.

“Alhamdulillah, bebanan kerja saya sedikit menurun apabila isteri, Nurul Aini Hasnan, 23, turut membantu,” ketika ditemui di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Abdul Hakim memberitahu, masa setengah jam diperlukan untuk menyiapkan tanjak bermotifkan Jalur Gemilang.

Katanya, selain itu dia turut menghasilkan tanjak jenis Mahkota Alam, Ayam Patah Kepak, Nakhoda Trong dan Anderiguru Selebu.

“Jenis yang paling laris ditempah ialah Mahkota Alam dan sekarang dijual pada harga promosi sempena sambutan bulan kemerdekaan RM60 satu.

“Setakat ini, saya boleh hasilkan 30 jenis bentuk tanjak, sejak saya belajar dari guru di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambahnya, pemakaian tanjak perlu dipertahan kera­na ia adalah warisan bangsa Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya