Lima kali dihukum penjara curi duit tabung surau, masjid - Utusan Malaysia

Lima kali dihukum penjara curi duit tabung surau, masjid

MUHAMMAD Asri Abdullah (tengah) yang dituduh mencuri duit tabung surau dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang jurujual dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri duit tabung surau sebanyak RM100, Sabtu lalu.

Hukuman yang diterima lelaki itu merupakan kali kelima atas kesalahan sama, mencuri duit tabung surau dan masjid sebelum ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhi hukuman itu ke atas Muhammad Asri Abdullah, 21, bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada Ahad.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di surau sebuah flat di sini, 20 Ogos lalu sebelum disedari melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Pendakwaan terhadap Muhammad Asri dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya