Lesen vokasional khas p-hailing tidak sama GDL

Lesen vokasional khas p-hailing tidak sama GDL

WEE Ka Siong bercakap dalam sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan lesen vokasional khas yang dicadangkan kepada penunggang p-hailing kelak tidak sama dengan lesen vokasional (GDL) yang diguna pakai ketika ini. 

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau memberi jaminan lesen khas itu tidak membebankan pemandu p-hailing sebaliknya bertujuan mendapatkan data sebenar komuniti itu di negara ini. 

Beliau berkata, lesen khas itu tidak memerlukan pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan bayaran dikenakan mungkin di bawah RM10, manakala kursus induksi pula boleh dijalankan secara dalam talian. 

“Ini perancangan kita selepas kita dapat kawal selia komuniti ini dan saya akan pastikan proses itu (lesen khas vokasional) mudah, murah dan tidak membebankan penunggang p-hailing. 

“Semalam, saya ada lihat beberapa video viral mengaitkan penunggang p-hailing perlu ambil GDL dan membawa kenderaan ke Puspakom. Saya ingin jelaskan maklumat itu tidak betul,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Ditanya sama ada MOT akan ubah nama lesen vokasional itu untuk elakkan persepsi salah dalam masyarakat, Ka Siong berkata, nama khusus bagi lesen itu akan ditentukan kemudian. 

“Nama itu mungkin saya akan pakai permit p-hailing atau ‘p-hailing brotherhood’ dan apa sekali pun namanya ia tidak akan menimbulkan persepsi salah. 

“Tetapi dalam kategori p-hailing yang baharu, lesen itu tidak membebankan dan tidak menyusahkan penunggang. Kita tidak mahu ada prasangka dan seolah-olah menzalimi mereka,” katanya. 

Katanya, pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] itu antara lain untuk kawal sedia industri p-hailing dan mendaftarkan mereka sebagai pekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya