Lepasan GiatMara ceburi bisnes jana pendapatan

Lepasan GiatMara ceburi bisnes jana pendapatan

ANITA Mohamed (dua dari kanan) disamping rakan-rakannya pada Majlis Graduasi GiatMara 2022 Kedah di Kompleks Pentadbiran Kubang Pasu, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Daripada pendapatan menjual kuih RM1,000 sebulan, seorang suri rumah kini meraih pendapatan berganda RM5,000 hasil mengusahakan perniagaan spa di rumah.

Berbekalkan ilmu kemahiran dari GiatMara Kuala Kedah tahun lalu, Anita Mohamed, 42, dari Pendang boleh berbangga kerana berjaya membantu meningkatkan ekonomi keluarganya.

“Dulu saya pernah jual kuih, malah jadi penoreh juga dan tiap-tiap bulan saya dapat cuma RM1,000. Daripada situ saya berazam untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan ambil kursus kecantikan dan solekan di GiatMara.

“Selepas tamat terus saya mulakan perniagaan home spa ini. Alhamdulillah daripada cuma raih RM1,000 sekarang sehingga RM5,000. Ia dapat bantu keluarga kerana suami hanya bekerja sebagai pemandu lori sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Graduasi GiatMara 2022 Kedah di Kompleks Pentadbiran Kubang Pasu, semalam.

Dalam majlis itu, seramai 556 daripada 2,588 graduan memperoleh sijil kemahiran masing-masing yang terdiri daripada pelatih bagi tahun 2019 hingga 2021.

Menurut Anita, daripada 14 pelatih yang mengikut kursus tersebut, tujuh daripada mereka turut berjaya sepertinya membuka perniagaan sendiri.

“Kami juga mendapat pinjaman modal daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk membeli peralatan ketika memulakan perniagaan.

“Selain itu anak perempuan saya yang berusia 18 tahun juga saya hantar jalani latihan di GiatMara dan kini turut berniaga dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi graduan, Khairul Naim Ayob, 21, dari Jitra, kursus teknologi kimpalan dan fabrikasi yang diikuti itu membantu meningkatkan kemahirannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya