Lelaki maut motosikal bertembung kereta

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

Keadaan motosikal Hasruleffandy Hasim yang bertembung dengan Proton Iswara menyebabkan mangsa meninggal dunia di Hospital Lipis dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22, Jalan Sungai Koyan ke Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang penunggang motosikal berusia 43 tahun maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 22, Jalan Sungai Koyan ke Kuala Lipis hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.45 pagi, mangsa, Hasruleffandy Hasim dari Felda Jengka 16, Bandar Pusat yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR meninggal dunia di Hospital Lipis akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Iswara yang dipandu Johari Mohamed, 49, seorang operator lombong dari Felda Sungai Koyan Satu bersama isterinya dalam perjalanan menghala ke arah Kuala Lipis.

“Hasruleffandy dari arah Kuala Lipis gagal mengawal kenderaannya ketika melalui sebuah selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta tersebut.

“Mangsa cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Lipis kira-kira pukul 2 petang.

“Kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya