Lelaki ditemukan mati bukan mangsa bunuh

Lelaki ditemukan mati bukan mangsa bunuh tapi maut diserang binatang

AZIZI MAT ARIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Mayat lelaki yang ditemukan terbaring berlumuran darah dengan kesan luka di leher di sebuah rumah di Kampung Merua, di sini pagi semalam dipercayai maut akibat serangan haiwan.

Mayat Norzi Jaafar, 58, ditemui berlumuran darah oleh rakan sekampungnya pada awalnya dipercayai mangsa bunuh.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Norzi pada pukul 9.15 pagi tadi mendapati pemeriksaan luaran pada mangsa terdapat kesan luka di bahagian muka kiri dan leher.

Menurutnya, turut ditemui beberapa helai bulu haiwan di sekeliling luka berkenaan selain luka tersebut berpadanan dengan serangan haiwan seperti anjing dan seumpamanya.

“Pemeriksaan dalaman menunjukkan dua saluran darah jantung simati telah tersumbat dengan keadaan yang teruk. Simati juga mengalami jangkitan Covid-19.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kehilangan darah yang serius disebabkan oleh serangan haiwan dan jangkitan Covid-19 serta saluran darah tersumbat,” katanya dalam dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Azizi berkata kes diklasifikasikan semula kepada kematian mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya