Lebih 40,000 wanita peroleh Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM

Lebih 40,000 wanita peroleh Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM

PROGRAM Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM bertepatan kerana ia memberi peluang wanita yang juga merupakan tonggak keluarga berdikari dari segi pendapatan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 46,426 usahawan wanita di seluruh negara telah memanfaatkan Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM yang dilancarkan sejak 1 September tahun lalu.

Menyifatkan ia sebagai suatu jumlah yang memberangsangkan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia lebih mendapat sambutan selepas peralihan negara daripada fasa pandemik ke endemik Covid-19.

Jelasnya, program tersebut terbuka kepada semua anggota masyarakat, termasuk wanita yang mencari pekerjaan serta menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM lahir daripada situasi pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat, termasuk golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya kewangan.

“Ia satu platform KPWKM untuk membantu wanita mendapat kerja dan mencebur diri dalam bidang keusahawan.

“Sejak September 2021 wanita bangkit sudah dimanfaatkan hampir 47,000 usahawan wanita seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM, semalam.

Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM ini bertujuan bagi membantu wanita dalam menghadapi cabaran pasca pandemik, terbahagi kepada dua kaedah iaitu menerusi sektor formal dan tidak formal.

Sementara itu, Rina berkata, program hari ini menawarkan lebih 15,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor membabitkan kira-kira 30 majikan sektor makanan, kecantikan dan pembuatan serta perkilangan.

Katanya, sepanjang sehari program berkenaan, ia memberi tumpuan kepada aktiviti penjanaan pendapatan dengan menghubungkan wanita kepada platform yang menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan atau keusahawan.

“KPWKM ingin membuka seluas-luasnya peluang kerjaya kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan wanita. Melalui karnival ini juga ada sesi perkongsian petua dan nasihat daripada usahawan berjaya,” katanya.

Rina turut berkata, KPWKM menyasarkan 59 peratus penyertaan wanita dalam pasaran kerja menjelang 2025.

“Perlaksanaan program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Bangkit @KPWKM ini adalah bertepatan kerana ia memberi peluang wanita yang juga merupakan tonggak keluarga berdikari dari segi pendapatan dan turut menyumbang kepada ekonomi keluarga,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya